Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

‘Tak Perlulah Saya Kongsikan Dari Bila’

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Tak ada angin, tak ada ribut, isteri kepada pelakon terkenal, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri difahamkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu pada pertengahan Februari lalu.

Fail cerai Februari lalu

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Perkara itu disahkan peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang hadir bagi sebutan pertama kes tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen.

Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.

Dan mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Ketika ditanya apakah sebab anak guamnya memfailkan cerai, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ianya bersifat subjudis kepada pihak defendan.

Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan.”

Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan.

Sudah tidak serumah

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Sementara itu, Hidayah enggan memberikan komen lanjut berhubung pemfailan cerai yang dibuat.

Ujarnya, dia mahu mendengar kenyataan daripada pihak suaminya terlebih dahulu.

Semua tahu situasi dan keadaan saya. Jadi, kalau sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.

Jadi, itu sajalah yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberikan sebarang komen.

Kalian boleh tanya kepada pihak belah sana kerana tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.

Dalam pada itu, Hidayah mengakui sudah tidak serumah dengan Edika namun enggan menjelaskan secara terperinci.

Saya dan dia sudah tidak serumah cuma tak perlu lah saya kongsikan dari bila.

Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu telah meraih perhatian ramai.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker