Dorival cabar Brazil tamat badi di Argentina
Dorival cabar Brazil tamat badi di Argentina

Brasilia: Brazil berpeluang menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas seteru tradisi, Argentina, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Buenos Aires, Rabu ini.
Skuad bimbingan Dorival Jr belum pernah menewaskan juara dunia itu dalam tempoh enam tahun, malah kali terakhir mereka menang di bumi Argentina adalah pada 2009.
Bagaimanapun, selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Colombia minggu lalu, Dorival percaya pertemuan ini adalah peluang terbaik untuk membuktikan Brazil masih digeruni.
“Kami akan berdepan juara dunia dan juara Amerika Selatan, pasukan paling berjaya dalam beberapa tahun terakhir. Kami ke sana untuk menang, bermain bola sepak terbaik dan menewaskan mereka di tempat sendiri,” katanya pada sidang media.
Pengendali berusia 62 tahun itu turut menyatakan beliau memahami tekanan yang dihadapi dan mengakui peminat Brazil sering melontarkan kritikan pedas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kita hidup dalam negara yang suka mengkritik, itu realitinya. Tapi masa akan menentukan segala-galanya. Saya terima cabaran ini, dan bersedia dinilai atas kerja saya.”
Sejak mengambil alih pasukan awal tahun ini selepas kegagalan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) mendapatkan Carlo Ancelotti, Dorival mencatat tujuh kemenangan dalam 15 perlawanan.
Kemenangan ke atas Colombia membantu Brazil naik ke tangga ketiga dengan 21 mata, satu di belakang Ecuador dan tujuh mata di belakang pendahulu Argentina.
Enam pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
Dorival cabar Brazil tamat badi di Argentina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.