666 mangsa banjir pulang ke rumah
666 mangsa banjir pulang ke rumah

JOHOR BAHRU : Seramai 666 mangsa banjir di lima daerah terjejas di negeri ini sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, sehingga jam 8 malam tadi.
Ini menjadikan jumlah mangsa banjir di lima daerah yang terjejas di negeri ini tinggal 1,806 orang daripada 513 keluarga berbanding 2,472 orang babitkan 704 keluarga, pada jam 2 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan mangsa banjir kini adalah sebanyak 20 buah.

“Jumlah mangsa banjir di Johor Bahru berkurangan agak mendadak daripada 1,281 orang (356 keluarga) pada petang tadi, menjadi 679 orang (176 keluarga) pada malam ini yang berada di lima PPS yang masih aktif.
“Di Kluang juga, mangsa banjir berkurangan dengan mendadak daripada 357 orang (105 keluarga), kini tinggal 74 orang (27 keluarga) di dua PPS.
“Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi juga kini tinggal 68 orang (21 keluarga) malam ini, yang berada di dua PPS, berbanding 77 orang daripada 24 keluarga, petang tadi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, daerah Batu Pahat dan Pontian saja menunjukkan peningkatan apabila daripada 368 orang (113 keluarga) di Batu Pahat ditempatkan ke PPS petang tadi, menjadi 571 orang (177 keluarga) di lima PPS yang aktif selepas penambahan sebuah lagi PPS.
“Di Pontian, daripada 389 orang (106 keluarga) petang tadi meningkat kepada 414 orang (112 keluarga) di enam PPS,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir mahu pun amaran hujan di mana-mana daerah di negeri ini.
Setakat jam 8 malam ini, Johor Bahru, Muar, Mersing dan Batu Pahat sahaja dilaporkan mendung, manakala enam daerah lain dilaporkan cerah.
666 mangsa banjir pulang ke rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.