Op Khas Pagar Laut: Maritim perketat kawalan di pelantar minyak tiada penghuni
Op Khas Pagar Laut: Maritim perketat kawalan di pelantar minyak tiada penghuni

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meningkatkan rondaan dan pemantauan terhadap ancaman pencerobohan pelantar minyak tidak berpenghuni sempena Op Khas Pagar Laut pada musim perayaan Aidilfitri.
Pengarah Maritim Terengganu, Mohd Khairulanuar Abdul Majid, berkata insiden pencerobohan untuk mencuri kabel elektronik disyaki dilakukan warga Indonesia dikesan semakin meningkat.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah menahan tujuh anggota sindiket yang mencuri kabel elektronik di sebuah pelantar minyak kosong membabitkan kerugian jutaan ringgit di Lapangan Tembikai pada Februari lalu.
“Satu lagi percubaan menceroboh pelantar minyak sama turut dikesan baru-baru ini tetapi berjaya digagalkan.
“Selain Op Pagar Laut, rondaan dan pemantauan turut dilakukan di perairan pelantar minyak menerusi Op Pelantar dengan tumpuan diberikan terhadap 12 pelantar minyak tidak berpenghuni yang terdapat di sekitar perairan negeri ini,” katanya ketika melancarkan Op Khas Pagar Laut 2025 peringkat Terengganu di perairan Kuala Terengganu, di sini, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Beliau berkata, Op Khas Pagar Laut yang membabitkan seramai 43 pegawai dan sembilan aset Maritim Malaysia turut memfokuskan kawalan di sempadan perairan negara daripada pencerobohan nelayan Vietnam.
Katanya, walaupun ancaman nelayan Vietnam semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, namun risikan mendapati kebanyakan bot mereka masih berada di sempadan perairan antarabangsa.
“Kita sudah meningkatkan kawalan bagi memastikan nelayan Vietnam tidak melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan sempadan termasuk kawasan pelantar yang berhampiran dengan sempadan perairan.
“Jika tidak dipantau, tidak mustahil mereka akan masuk ke perairan negara,” katanya.
Menerusi Op Khas Pagar Laut tahun lalu, Maritim Malaysia menahan enam vesel nelayan Vietnam dengan jumlah rampasan RM9 juta membabitkan 43 kru termasuk tekong.
Bagi tahun ini bermula Januari hingga terkini, Maritim Malaysia melakukan 1,159 pemeriksaan dengan empat tangkapan.
Op Khas Pagar Laut: Maritim perketat kawalan di pelantar minyak tiada penghuni
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.