Nazmi kendali perlawanan Kyrgystan bertemu Qatar

Nazmi kendali perlawanan Kyrgystan bertemu Qatar

Nazmi kendali perlawanan Kyrgystan bertemu Qatar
NAZMI bakal menjadi pengadil perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Kyrgyzstan dan Qatar, esok.

Kuala Lumpur: Pengadil Malaysia Nazmi Nasaruddin terus ‘mendonia’ apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan aksi di peringkat antarabangsa.

Kali ini Nazmi akan diterbangkan khas ke Kyrgyzstan untuk mengadili perlawanan membabitkan aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara negara itu menentang Qatar, esok.

Ini bukanlah kali pertama pengadil berusia 35 tahun itu diberikan tanggungjawab besar mengendalikan aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Sebelum ini, beliau bertanggungjawab mengendalikan aksi Australia-China, Kuwait-Jordan dan Korea Utara-Qatar.

Selain aksi kelayakan Piala Dunia 2026, beliau turut mengendalikan aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Antara aksi yang pernah dikendalikan Nazmi ialah aksi Al-Ain-Al Hilal, Al-Wasl-Al-Sadd dan Central Coast Mariners-Buriram United.

Reputasi beliau sebagai pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang cekap turut menjadikan Nazmi antara calon pengadil bakal bertugas untuk Piala Dunia 2026.

Mengikut rekod, Nazmi berpeluang mencipta sejarah sebagai pengadil pertama dari Malaysia dipilih sebagai pengadil utama di Piala Dunia selepas dipilih menyertai kursus ‘Calon Fifa 2026’.

Beliau dipilih sebagai calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

Nazmi kendali perlawanan Kyrgystan bertemu Qatar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker