Isteri telefon polis tangkap suami curang

Isteri telefon polis tangkap suami curang

Isteri telefon polis tangkap suami curang
Esiel dan Mateo berkahwin pada 2023. – Daily Mail

MANILA – Seorang lelaki di Filipina berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun selepas ditangkap bersekedudukan dengan teman wanitanya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mateo Bradford, 27, ditangkap selepas isterinya yang dikenali sebagai Esiel, mengekorinya ke sebuah apartmen.

Esiel melihat Mateo masuk ke kediaman itu bersama seorang wanita lain. Mangsa  kemudian  menghubungi polis dan pegawai daripada  unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Filipina.

Pihak berkuasa seterusnya menyerbu apartmen tersebut dan menemui suami Esiel bersama kekasih gelapnya di atas katil.

Menurut Esiel, suaminya tidak pernah memberikan duit belanja kepada dia dan anak mereka selama tiga bulan. Lelaki itu sebaliknya membelanjakan wang untuk kekasihnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Saya mahu dia disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara. Dia tidak memberi kami sebarang nafkah selama tiga bulan, saya tidak akan memaafkannya,” kata Esiel.

Ketua pemasaran berasal Britain itu didakwa dan hadir di mahkamah di Cebu, tengah Filipina, Sabtu lalu, manakala teman wanitanya yang berusia 24 tahun turut ditahan.

Dia tidak membuat pengakuan dan akan hadir sekali lagi ke mahkamah pada bulan depan.

Perbuatan curang selepas berkahwin menyalahi undang-undang Filipina. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga empat tahun untuk lelaki dan enam tahun bagi wanita. – AGENSI

Isteri telefon polis tangkap suami curang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker