Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh – Polis

Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh – Polis

Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh - Polis
Hamzah (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Pulau Pinang. – Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor pada 7 Mac lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata kejadian berpunca daripada perselisihan lama antara mangsa dan keluarganya di negeri ini serta negara asal mereka.

Setakat ini, polis menahan lapan individu terdiri daripada warga asing dan tempatan berusia 30-an dan 40-an bagi membantu siasatan.

“Motif pembunuhan ini adalah dendam antara kedua-dua pihak dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek utama kes berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di sini.

Kejadian jam 3.20 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak.

Mangsa yang juga pengurus restoran nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum tiba-tiba bertindak menyerangnya.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di sini.

Kejadian jam 3.20 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak.

Mangsa yang juga pengurus restoran nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum tiba-tiba bertindak menyerangnya.

Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker