Buktikan revolusi skuad Harimau Malaya berbaloi – Zulakbal

Buktikan revolusi skuad Harimau Malaya berbaloi – Zulakbal

Buktikan revolusi skuad Harimau Malaya berbaloi - Zulakbal
PEMAIN skuad negara gigih berlatih di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor, malam tadi, menjelang perlawanan dengan Nepal, malam esok. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Pertemuan skuad Harimau Malaya menentang Nepal pada aksi pertama Kumpulan F pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok boleh dilihat sebagai pentas mengukur sejauh mana kehebatan revolusi pasukan kebangsaan.

Menerusi gandingan barisan kejurulatihan baharu diterajui Peter Cklamovski manakala diperkuatkan pula dua pemain kacukan yang kali pertama menyarung jersi Malaysia, sudah pastinya dinantikan penyokong pasukan kebangsaan yang mahu melihat sejauh mana Harimau Malaya mampu mengaum.

Jika mengikut sejarah pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan lebih memihak kepada Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan rekod rasmi Harimau Malaya masih belum tewas kepada The Gorkhalis dalam tujuh perlawanan iaitu mencipta lima kemenangan dalam aksi terakhir kedua-dua pasukan.

Namun, rekod itu tidaklah menggambarkan secara keseluruhan kekuatan pasukan yang berada di ranking ke-175 dunia itu kerana mereka baru saja mengejutkan Singapura 1-0 pada perlawanan persahabatan 21 Mac lalu.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, keputusan tewas atau seri bukanlah pilihan buat skuad Harimau Malaya yang sudah pastinya diletakkan harapan untuk meraih kemenangan pada pertemuan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kepada barisan pemain yang dipanggil kali ini, skuad Harimau Malaya mungkin berhadapan tentangan sengit daripada pasukan Nepal itu.

“Berdasarkan senarai pemain skuad Harimau Malaya, kita dapat lihat ada antaranya tidak mempunyai minit permainan selain sudah lama tidak menyarung jersi kebangsaan.

“Pemain kacukan baharu (Hector Hevel dan Gabriel Palermo) pula bukanlah berada di tahap terbaik seperti Dion Cools.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP

“Oleh itu, jangan terlalu padang rendah kepada lawan kerana Nepal juga sudah menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Skuad negara memiliki tugas penting membuka tirai kempen Kelayakan Piala Asia dengan langkah kanan apabila bertemu Nepal sebelum melayan Vietnam pada 10 Jun ini.

Buktikan revolusi skuad Harimau Malaya berbaloi – Zulakbal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker