2 penuntut Pondok Haji Bakri maut kereta terbabas langgar pokok
2 penuntut Pondok Haji Bakri maut kereta terbabas langgar pokok

MARAN: Dua penuntut Pondok Haji Bakri di Chenor maut selepas Perodua Myvi dinaiki bersama guru mereka terbabas di Jalan FELDA Jengka 23, di sini tengah hari tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika kereta dipandu guru pondok berusia 74 tahun itu dalam perjalanan dari pusat pengajian berkenaan ke FELDA Jengka 21, sebelum terbabas ke cerun dan melanggar pokok.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai mengesahkan kejadian itu dengan seorang mangsa, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, maut di lokasi kejadian dan seorang lagi, Abd Aziz Othman, 73, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.
Kedua-dua mangsa yang maut adalah penuntut di Pondok Haji Bakri.
Sementara guru pondok yang memandu kenderaan dilapor kesakitan pada bahagian dada dan dirawat di Hospital Jengka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Siasatan awal menunjukkan kemalangan disebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Dua penuntut Pondok Haji Bakri di Chenor maut selepas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.