Singgah bantu rakan tukar tayar sebelum kedua-duanya maut dirempuh
Singgah bantu rakan tukar tayar sebelum kedua-duanya maut dirempuh

PAPAR: Dua maut selepas dirempuh kenderaan ketika menukar tayar lori di tepi jalan di Kilometer 9 Lebuhraya Pan Borneo, dekat Nagapas, di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang, dengan kedua-dua mangsa berusia 26 dan 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 62 tahun itu berhenti di bahu kiri jalan dan turun dari kenderaan yang mengalami masalah tayar.
Ketika hendak menukar tayar, mangsa dibantu rakannya yang juga pemandu lori yang singgah untuk membantunya.
“Tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Kota Kinabalu menuju Kimanis hilang kawalan lalu melanggar kedua-dua mangsa, sebelum kenderaan itu terbalik di sebelah kiri jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Papar,” katanya.
Menurutnya, pemandu dan penumpang Proton Saga dibawa ke Hospital Papar untuk menerima rawatan kerana cedera ringan.
Mayat dua mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Papar untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Singgah bantu rakan tukar tayar sebelum kedua-duanya maut dirempuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.