Jerman mahu teruskan momentum bertemu Itali

Jerman mahu teruskan momentum bertemu Itali

Jerman mahu teruskan momentum bertemu Itali
JERMAN mahu gunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri. FOTO AFP

Dortmund: Jerman mahu mengekalkan semangat kemenangan mereka apabila berdepan Itali dalam suku akhir kedua Liga Negara-Negara di Dortmund, awal pagi ini.

Selepas menang 2-1 di Milan pada aksi pertama, skuad Julian Nagelsmann berada dalam kedudukan baik untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama.

Penjaga gol Oliver Baumann percaya sokongan penyokong tempatan akan membantu pasukan.

“Kami harap penyokong akan memberi semangat dan menyukarkan tugas Itali. Semangat dalam pasukan juga semakin meningkat,” katanya.

Jerman kembali mendapat sokongan peminat selepas mara ke suku akhir Euro 2024, berbeza dengan kegagalan di dua Piala Dunia terakhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Baumann yakin Signal Iduna Park yang boleh memuatkan 82,000 penyokong akan memberi kelebihan kepada mereka.

“Stadium ini boleh mencipta suasana luar biasa dan memberi tekanan kepada pasukan lawan,” tambahnya.

Bagaimanapun, stadium ini juga mengingatkan peminat Jerman mengenai kekalahan kepada Itali pada separuh akhir Piala Dunia 2006.

Nagelsmann pula menegaskan pasukannya tidak akan bermain secara bertahan walaupun mempunyai kelebihan agregat.

“Kami akan anggap kedudukan masih 0-0 supaya fokus kekal tinggi,” katanya.

Baumann beraksi cemerlang di Milan, namun Marc Andre ter Stegen tetap pilihan utama apabila kembali pulih.

“Dia layak bermain di kejohanan besar, jadi kami akan beri dia masa untuk pulih sepenuhnya,” kata Nagelsmann.

Sementara itu, Jonathan Burkardt mungkin terlepas perlawanan kerana masalah kesihatan.

Jerman mahu teruskan momentum bertemu Itali

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker