Ingebrigtsen juara 3,000m Kejohanan Dunia Dalam Dewan

Ingebrigtsen juara 3,000m Kejohanan Dunia Dalam Dewan

Ingebrigtsen juara 3,000m Kejohanan Dunia Dalam Dewan
INGEBRIGTSEN (kiri) meraikan kejayaannya. FOTO AFP

Nanjing: Atlet Norway, Jakob Ingebrigtsen, mengungguli acara 3,000 meter (m) di Kejohanan Dunia Dalam Dewan di Nanjing, China, mengekalkan misi memburu dua pingat emas di kejohanan itu.

Ingebrigtsen mencatat masa 7 minit 46.09 saat (s) dalam perlumbaan yang sengit di Nanjing’s Cube, menewaskan pencabar utama dari Ethiopia, Berihu Aregawi, yang meraih perak dengan masa 7:46.25s.

Kini, juara Olimpik dua kali dan juara dunia 5,000m dua kali itu akan memberi tumpuan kepada acara kegemarannya, 1,500m esok, dalam usaha menyamai rekod legenda Ethiopia, Haile Gebrselassie, yang pernah memenangi dua emas dalam acara 1,500m dan 3,000m di Maebashi, Jepun, pada 1999.

Menariknya, meskipun sudah mendominasi kejohanan Eropah dalam dewan dengan kemenangan berganda 1,500m dan 3,000m di Apeldoorn, Ingebrigtsen belum pernah menjuarai Kejohanan Dunia Dalam Dewan sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Pada edisi 2022 di Belgrade, dia sekadar meraih pingat perak dalam 1,500m selepas tewas kepada Samuel Tefera (Ethiopia), manakala tahun lalu dia terpaksa menarik diri di Glasgow akibat kecederaan tumit Achilles.

Dalam perlumbaan kali ini, Ingebrigtsen menunjukkan strategi bijak, bermula di bahagian belakang kelompok 14 pelari sebelum perlahan-lahan naik ke hadapan dengan 11 pusingan berbaki.

Dia kemudian mengintai peluang di belakang Aregawi sebelum melancarkan serangan terakhir di laluan lurus belakang, memintas lawannya dengan sempurna untuk merangkul gelaran dunia dalam dewan pertamanya.

Ingebrigtsen juara 3,000m Kejohanan Dunia Dalam Dewan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker