Holloway cipta sejarah hatrik emas Kejohanan Dunia Dalam Dewan
Holloway cipta sejarah hatrik emas Kejohanan Dunia Dalam Dewan

Nanjing: Pelari pecut berpagar sensasi Amerika Syarikat, Grant Holloway, mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan dunia dalam dewan ketiganya berturut-turut dalam acara 60 meter lari berpagar di Kejohanan Dunia Dalam Dewan di Nanjing, China.
Holloway yang berusia 27 tahun mencatat 7.42 saat (s) untuk memenangi emas, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tempoh 11 musim berturut-turut di pentas dalam dewan.
Holloway mengekalkan rekod tanpa kalah sejak Mac 2014, ketika usianya hanya 16 tahun.
Kemenangannya di Nanjing turut mengukuhkan statusnya sebagai pelari lari berpagar tertutup paling dominan, dengan 94 kemenangan berturut-turut dalam acara 55m dan 60m berpagar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dengan kejayaan ini, Holloway kini menjadi kuasa besar dalam acara lari berpagar tertutup, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelari berpagar terbaik sepanjang zaman.
Holloway cipta sejarah hatrik emas Kejohanan Dunia Dalam Dewan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.