Duplantis kuasai gelaran Dunia Dalam Dewan kali ketiga

Duplantis kuasai gelaran Dunia Dalam Dewan kali ketiga

Duplantis kuasai gelaran Dunia Dalam Dewan kali ketiga
DUPLANTIS ketika beraksi dalam acara lompat bergalah. FOTO Reuters

Nanjing: Bintang Sweden, Armand ‘Mondo’ Duplantis, merangkul kejuaraan dunia dalam dewan ketiganya dalam acara lompat galah di Kejohanan Dunia Dalam Dewan di Nanjing, China, selepas menewaskan Emmanouil Karalis (Greece) dalam pertarungan sengit.

Duplantis mencatat 6.15 meter (m) untuk merangkul pingat emas, mengatasi Karalis yang mencipta rekod peribadi baharu dengan lompatan 6.05m bagi meraih perak.

Sam Kendricks (Amerika Syarikat) melengkapkan podium dengan catatan 5.90m untuk gangsa.

Atlet berusia 25 tahun itu tidak memulakan saingan di 5.50m, begitu juga dengan Karalis.

Selepas beberapa pelompat tersingkir di ketinggian awal, Duplantis mula menunjukkan kehebatannya apabila melepasi 5.70m dengan mudah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Di 5.90m, hanya tiga atlet yang berjaya – Duplantis, Karalis dan Kendricks, sebelum juara Olimpik itu meneruskan dominasi dengan melepasi 6.00m pada percubaan pertama.

Karalis, bagaimanapun, enggan mengalah apabila dia melonjak ke 6.05m, memperbaiki rekod peribadinya sebanyak 3 sentimeter (sm).

Namun, apabila bar dinaikkan ke 6.10m, kedua-duanya gagal dalam percubaan pertama.

Namun, Duplantis bangkit dalam percubaan kedua, melonjak bersih untuk meraikan kejayaannya dengan penuh emosi.

Karalis cuba membalas, tetapi gagal dalam cubaan terakhirnya.

Tidak puas dengan kemenangan itu, Duplantis menambah 5sm lagi pada ketinggian 6.15m, dan sekali lagi melakukannya dengan sempurna.

Karalis sudah kehabisan tenaga untuk memberi tentangan, sekali gus memastikan Duplantis terus mendominasi.

Dengan kemenangan ini, Duplantis kini memiliki tujuh gelaran kejohanan utama dan melakukan 100 lompatan melebihi 6m, satu pencapaian luar biasa yang jauh mengatasi legenda Ukraine, Sergey Bubka, yang hanya melakukannya 45 kali sepanjang kariernya.

Duplantis kuasai gelaran Dunia Dalam Dewan kali ketiga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker