Penyeludupan di sempadan: Anak muda hidup mewah, miliki Mustang dan BMW – KPN

Penyeludupan di sempadan: Anak muda hidup mewah, miliki Mustang dan BMW – KPN

Penyeludupan di sempadan: Anak muda hidup mewah, miliki Mustang dan BMW - KPN
(Gambar fail) Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KOTA BHARU: Terdapat anak muda bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan, dikesan menjalani kehidupan mewah tanpa sumber pendapatan yang jelas, malah memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, fenomena itu bukan sesuatu yang baharu dan menerusi beberapa kejayaan operasi sebelum ini, terbukti ada dalam kalangan mereka terbabit aktiviti penyeludupan.

“Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka terbabit aktiviti penyeludupan dadah, senjata api dan barang kontraban melalui sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Razarudin berkata, Kelantan memang dikenal pasti antara laluan utama sindiket penyeludupan, terutama membabitkan dadah jenis syabu, heroin dan pil kuda yang dibawa masuk dari Thailand sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Selain dadah, beliau berkata, sindiket turut menyeludup senjata api serta pelbagai barang kontraban, termasuk haiwan ternakan seperti lembu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Cawangan Khas (SB) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) kini memperketatkan kawalan sempadan serta menjalankan risikan berterusan bagi membanteras sindiket yang mempergunakan anak muda untuk aktiviti haram,” katanya.

Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu terbabit, termasuk mereka yang berselindung di sebalik perniagaan sah.

“Kita tidak mahu Kelantan terus menjadi transit utama bagi sindiket dadah dan senjata api.

“Pihak berkuasa akan terus memantau serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang aktiviti jenayah itu,” katanya.

Beliau memaklumkan beberapa tangkapan besar telah dilakukan sebelum ini, namun polis percaya masih ada rangkaian aktif yang terus beroperasi secara senyap dan mengambil kesempatan atas kelemahan di sempadan.

Penyeludupan di sempadan: Anak muda hidup mewah, miliki Mustang dan BMW – KPN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker