Suri rumah simbah anak dengan air panas ditahan polis
Suri rumah simbah anak dengan air panas ditahan polis

MELAKA: Polis menahan seorang wanita selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya berusia 10 tahun hanya kerana menggunakan alat soleknya, kelmarin.
Difahamkan kejadian berlaku di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Batu Berendam dan terbongkar selepas guru sekolahnya bertanya kepada mangsa yang memakai baju biasa dan bukan pakaian sukan ketika hadir ke sekolah semalam.
Menurut sumber, kanak-kanak itu memberitahu dia sedang sakit dan hasil pemeriksaan guru terbabit mendapati ada kesan lebam di tangan kiri dan belakang badannya.
“Guru terbabit yang juga pengadu terus membawa mangsa ke pejabatnya dan memanggil guru kelas untuk maklumat lanjut.
“Sebaik menyedarinya wanita itu dikatakan memarahi mangsa dan memukulnya menggunakan alat pengurut tangan serta menyimbahnya dengan beberapa cawan air panas,” katanya.
Sumber berkata, sewaktu kejadian adik beradik mangsa sedang tidur dan mangsa turut memberitahu bapanya bahawa dia dipukul oleh ibunya.
Katanya, guru sekolah cuba menghubungi bapa mangsa namun tidak berjawab sebelum terus membawa murid itu ke Hospital Melaka untuk rawatan dan mangsa ditahan di wad untuk rawatan susulan.
Menurutnya, hasil siasatan polis menahan wanita berkenaan dan dia direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Suri rumah simbah anak dengan air panas ditahan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.