Seorang lagi ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan SPRM, reman empat hari
Seorang lagi ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan SPRM, reman empat hari

KUALA LUMPUR: Seorang lagi ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah bagi mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah.
Difahamkan, suspek menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan nombor giliran bagi pemeriksaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Katanya, penahanan suspek terbabit susulan operasi yang dijalankan SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum ini.
“Maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan JPJ mendapati, beberapa individu menyalahgunakan sistem tempahan pemeriksaan PUSPAKOM dengan membuat tempahan pukal menggunakan nombor kenderaan rawak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Modus operandi mereka ialah menawarkan tarikh tempahan kepada pelanggan dengan bayaran ratusan ringgit bagi setiap slot pemeriksaan,” katanya.
Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan penjadualan semula tarikh bagi membolehkan permohonan baharu dibuat dalam sistem.
Berikutan itu, suspek direman empat hari sehingga Selasa ini bagi siasatan lanjut.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Semalam, media melaporkan, seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran dalam mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mematuhi peraturan yang sah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Lelaki berusia 60-an terbabit menerima kira-kira RM40,000 daripada pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan nombor giliran berkenaan.
Suspek direman lima hari sehingga 25 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Seorang lagi ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan SPRM, reman empat hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.