Polis rakam keterangan lelaki tampar murid Tahun Satu di sekolah
Polis rakam keterangan lelaki tampar murid Tahun Satu di sekolah
JOHOR BAHRU: Polis sudah merakamkan keterangan lelaki yang didakwa menampar seorang murid Tahun Satu sehingga kanak-kanak itu terhantuk pada dinding dan menerima rawatan di hospital, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Lelaki itu telah memberi keterangan. Polis akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada 20 Mac lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga penghuni sebuah pusat perlindungan, dipercayai dipukul dan ditampar sebanyak dua kali sehingga kepalanya terhantuk pada dinding di sebuah sekolah, di sini.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh seorang lelaki yang juga bapa kepada seorang murid di sekolah terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Akibat insiden berkenaan, mangsa yang dilaporkan mengalami lebam dan trauma, telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu jurucakap pusat perlindungan terbabit berkata, mangsa sudah dibenarkan pulang, malam tadi, selepas dipantau selama dua hari di sebuah hospital awam.
“Kesakitan dialaminya dikatakan sudah berkurangan, namun kami tidak pasti sama ada dia masih trauma ke sekolah,” katanya.
Polis rakam keterangan lelaki tampar murid Tahun Satu di sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.