Pelajar buat aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti disiasat polis
Pelajar buat aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti disiasat polis
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan sebuah universiti swasta di Subang Jaya dekat sini, seperti rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada laporan polis yang diterima pada jam 9.28 malam tadi, berkaitan dua rakaman video kejadian yang tular di media sosial.
“Hasil siasatan awal, polis mendapati rakaman video pertama memaparkan seorang lelaki disyaki pelajar melakukan perbuatan seperti onani di dalam perpustakaan universiti sambil melihat video di komputer yang berada di hadapannya.
“Rakaman video kedua pula menunjukkan pelajar terbabit diarak masuk ke dalam kawasan kampus oleh pelajar lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan lucah atau kelakuan aib di tempat awam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Beliau turut meminta pihak yang mempunyai maklumat berkait kejadian itu untuk membantu siasatan polis dengan tampil terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor T B Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222.
Wan Azlan berkata, identiti suspek dikenal pasti dan polis akan meminta keluarga membawanya kepada pihak polis untuk dirakam keterangan pada minggu hadapan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan lucah atau kelakuan aib di tempat awam,” katanya.
Beliau turut meminta pihak yang mempunyai maklumat berkait kejadian itu untuk membantu siasatan polis dengan tampil terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor T B Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222.
Pelajar buat aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti disiasat polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.