Lapangan terbang Heathrow ditutup
Lapangan terbang Heathrow ditutup

LONDON – Lapangan Terbang Heathrow di Britain ditutup selama 24 jam hari ini selepas kebakaran besar sebuah pencawang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu terputus, kata beberapa pegawai.
Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, mereka ‘menjangkakan gangguan ketara’ dalam masa beberapa hari akan datang, dengan beratus-ratus penerbangan dan ribuan penumpang terjejas.
“Heathrow mengalami gangguan bekalan elektrik yang ketara.
“Penumpang tidak boleh pergi ke Heathrow dalam apa jua keadaan sehingga lapangan terbang ini dibuka semula,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di laman webnya sambil menambah, lokasi itu ditutup sehingga sejurus menjelang tengah malam ini.
Laman web pengesanan penerbangan online, FlightRadar24 menyatakan, penutupan Heathrow akan menyebabkan sekurang-kurangnya 1,351 penerbangan keluar dan masuk terjejas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurutnya, sebanyak 120 penerbangan menuju ke lapangan terbang itu apabila penutupan diumumkan.
Dalam perkembangan berkata, Pasukan Bomba London berkata, kebakaran besar berlaku di sebuah pencawang di bandar Hayes yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Katanya, sebanyak 10 jentera bersama 70 anggota bomba berada di tempat kejadian, manakala 150 orang telah dipindahkan dari kawasan berdekatan.
Di Heathrow pula, rakaman video di terminal menunjukkan kedai-kedai tertutup dan koridor lengang, hanya diterangi oleh lampu kecemasan.
Firma utiliti tempatan menyatakan di laman webnya bahawa insiden itu turut menyebabkan lebih 16,000 kediaman terputus bekalan elektrik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Heathrow mengendalikan lebih 80 juta penumpang setahun dan kira-kira 1,300 pelepasan atau pendaratan sehari.
Dalam pada itu, tujuh penerbangan United Airlines dilencongkan ke lapangan terbang lain.
Di Sydney, Qantas berkata, dua penerbangannya yang dalam perjalanan ke Heathrow termasuk penerbangan tanpa henti dari Perth telah dilencongkan ke lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris. – AFP
Lapangan terbang Heathrow ditutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.