Sentiasa berharap dapat anak lelaki, 9 anak perempuan dinamakan ‘abang’

Sentiasa berharap dapat anak lelaki, 9 anak perempuan dinamakan ‘abang’

Sentiasa berharap dapat anak lelaki, 9 anak perempuan dinamakan 'abang'
SEMBILAN adik-beradik perempuan di China yang mempunyai karakter nama ‘di’ bermaksud ‘abang’ dalam bahasa Mandarin. FOTO Douyin

Beijing: Sepasang suami isteri di China menamakan semua sembilan anak perempuan mereka dengan karakter “di” yang bermaksud ‘abang’ dalam bahasa Mandarin, bermaksud mencerminkan harapan mereka untuk mendapat anak lelaki.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan kisah keluarga itu mencuri perhatian di media sosial tanah besar China selepas dilaporkan Shanghai Morning Post, sekali gus mengetengahkan tradisi yang masih kuat dalam masyarakat luar bandar yang lebih mengutamakan anak lelaki.

Sembilan beradik perempuan itu, dengan jurang usia 20 tahun antara yang sulung dan bongsu, dibesarkan di sebuah perkampungan di Huaian, wilayah Jiangsu.

Bapa mereka yang kini berusia 81 tahun dan dikenali dengan nama keluarga Ji, menamakan semua anak perempuannya dengan setiap nama berakhir ‘di’.

Anak sulung, sekitar 60 tahun, dinamakan Zhaodi yang bermaksud “mengharap kehadiran abang”. Anak kedua bernama Pandi dan ketiga, Wangdi, kedua-duanya membawa maksud “menanti abang”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Diikuti nama anak keempat Xiangdi (mengingati abang), Laidi (abang akan datang), Yingdi (mengalu-alukan abang) dan Niandi (merindui abang).

Namun, nama paling mencuri perhatian ialah anak kelapan, Choudi, yang bermaksud “membenci abang”, memperlihatkan betapa terdesaknya ibu bapa mereka untuk mendapatkan anak lelaki.

Selepas itu, mereka menamakan anak bongsu sebagai Mengdi, bermaksud “bermimpi tentang abang”.

“Bapa saya sangat mahukan anak lelaki. Sebab itulah mereka mendapat kami sembilan beradik kerana mahu menunggu kelahiran lelaki setiap kali kami lahir.

“Tetapi walaupun akhirnya kami semua perempuan, ibu bapa tetap menyayangi kami dan tidak pernah mengabaikan kami. Kini, keluarga besar kami hidup bahagia bersama,” kata Xiangdi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Dia turut berkongsi bahawa meskipun bapanya hanyalah petani miskin, dia memastikan semua anak perempuannya mendapat pendidikan.

“Dia selalu cakap kepada ibu saya, ‘Apa salahnya anak perempuan? Saya suka anak perempuan. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyekolahkan mereka,'” katanya.

Keluarga itu mula menarik perhatian ramai selepas Xiangdi memuat naik video mengenai kehidupan mereka di platform media sosial utama awal Mac lalu.

“Kami bermain, bergaduh dan bertengkar ketika kecil. Kami ketawa bersama ketika membesar.

“Adik-beradik perempuan saya adalah sahabat terbaik sepanjang hayat. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kehadiran mereka,” katanya dalam hantaran di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kisah Ji bukan sesuatu yang luar biasa di China, kerana ramai pasangan percaya mereka perlu mempunyai anak lelaki yang akan menjaga mereka ketika tua.

Secara tradisional, anak perempuan tidak diharapkan untuk menjaga ibu bapa selepas berkahwin dan jarang mewarisi harta keluarga.

Malah, ada pepatah lama mengatakan “anak perempuan yang berkahwin ibarat air yang sudah dicurahkan”.

Namun, perspektif ini semakin berubah sejak beberapa dekad lalu. Kini, ramai pasangan, terutama di bandar besar, lebih memilih anak perempuan, sebahagiannya kerana hantaran perkahwinan yang tinggi perlu dibayar oleh lelaki.

Kisah Ji mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial di China.

“Nama-nama mereka memang luar biasa. Betapa gigihnya si ayah!” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi berseloroh: “Ibu bapa mereka menyerah terlalu awal. Mungkin anak ke-10 barulah lelaki.”

Sentiasa berharap dapat anak lelaki, 9 anak perempuan dinamakan ‘abang’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker