PGA patahkan cubaan seludup hampir 40,000 biji kelapa ke Thailand

PGA patahkan cubaan seludup hampir 40,000 biji kelapa ke Thailand

PGA patahkan cubaan seludup hampir 40,000 biji kelapa ke Thailand
PGA merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram Sekam Padi, semalam. – Foto ihsan PGA

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram Sekam Padi, di sini, semalam.

Rampasan dilakukan Batalion 7 menerusi Op Taring Wawasan selepas pihaknya menahan sebuah treler kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan menemui hampir 38,580 biji kelapa di dalam treler itu dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand melalui pangkalan haram.

“Pemandunya seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa berkenaan ke Thailand, turut ditahan.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.03 juta, termasuk kenderaan. Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Kesemua suspek dan barang rampasan terbabit dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada berleluasa di sempadan negara.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker