Kuih raya RM6 terlaris

Kuih raya RM6 terlaris

Kuih raya RM6 terlaris
ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli kuih raya di gerai Khairruni.

Ipoh: Peristiwa meruntun hati apabila pelanggan tidak dapat memenuhi permintaan anak kerana tidak cukup duit menjadi pendorong buat seorang peniaga menjual kuih raya pada harga serendah RM6 sebekas.

Khairruni Ahmad Zabidi, 64, berkata, idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus selepas berbincang dengan anaknya, Norhidayu Abdullah, 34, berikutan insiden yang menyentuh hati itu.

Menurutnya, lebih 100 jenis biskut raya yang dibuat bersama kakaknya, Suhairah Ahmad Zabidi, 66, dan Norhidayu dijual di gerainya di lot parkir sebuah stesen minyak, Jalan Raja Ashman, di sini.

“Biasalah pelanggan bila bawa anak, ada anak yang peluk terus balang biskut, namun oleh kerana harganya sekitar RM28 hingga RM35 sebalang, pelanggan tidak mampu nak bayar biskut yang dimahukan.

“Jadi saya jual biskut serendah RM6. Jika pelanggan ada RM50 dengan biskut raya rahmah ini, mereka boleh dapat hingga lapan bekas,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Khairruni berkata, walaupun kuantiti dalam satu bekas mengandungi sebanyak 18 hingga 20 keping, yang penting semua berpeluang membeli dan melakukan persiapan hari raya biarpun keuntungan yang diperoleh tidak seberapa.

Katanya, ini tahun kedua jualan kuih raya dengan harga rahmah dijalankan dan sejak 15 Mac lalu, kira-kira 7,500 bekas sudah terjual antaranya biskut mazola, tart nenas, almond london, biskut nestum dan gandum, rempeyek dan banyak lagi.

“Semua biskut yang dihasilkan diadun sendiri dengan bantuan 15 pekerja dalam kalangan ibu tunggal untuk kita bantu jana pendapatan mereka.

“Alhamdulillah, sambutan yang kita terima amat menggalakkan dan tahun ini saya tengok kebanyakan pelanggan yang hadir pelanggan sama pada tahun lalu,” katanya.

Khairruni yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun membuat kuih raya berkata, dia amat mementingkan rasa dan kualiti produk walaupun dijual pada harga murah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


“Tanggapan orang mungkin kuih raya kami murah sudah pasti kualitinya rendah, tetapi ia setanding kuih premium.

“Itu antara maklum balas daripada pelanggan. Zaman sekarang orang nak berjimat, jadi pelanggan bantu beli jualan saya dan saya pula bantu dengan jual pada harga murah,” katanya.

Katanya, proses pembuatan biskut raya dilakukan setiap hari bergantung kepada jenis yang mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, Khairruni berkata, walaupun berlaku peningkatan kos barangan, dia masih mengekalkan penjualan pada harga RM6.

“Selain meneruskan kelangsungan hidup, perniagaan ini juga sebagai satu daripada cara menampung kos perubatan Norhidayu yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Pelanggan, Hasbol Mustafa, 41, berkata, ini tahun kedua dia membeli biskut raya ini kerana banyak pilihan dan murah.

“Apabila balik ke Ipoh, pasti saya akan singgah untuk dapatkan stok kuih raya kerana sedap dan banyak pilihan tanpa perlu berkira mengenai harga,” katanya.

Kuih raya RM6 terlaris

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker