Bekas pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka didakwa kemuka tuntutan palsu

Bekas pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka didakwa kemuka tuntutan palsu

Bekas pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka didakwa kemuka tuntutan palsu
Bekas Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka, Yeo Chin Chai (tengah) tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu berkaitan pembekalan khemah utama bernilai RM24,000. – Gambar ihsan SPRM.

MELAKA: Bekas Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan khemah utama yang tidak wujud bernilai RM24,000 bagi satu program anjuran kementerian, dua tahun lalu.

Yeow Chin Chai, 43, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya suatu dokumen iaitu invois atas nama Shahz Titah Bumi Enterprise bertarikh 18 September 2023 berkenaan pembekalan khemah utama (Marquee Tent & Platform) berjumlah RM24,000 bagi Program Mount Ophir Ultra Trail Melaka Tahun 2023.

Walhal tiada sebarang pembekalan khemah utama dilakukan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Melaka dan kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat itu antara 18 September hingga 10 Oktober 2023.

Chin Chai didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama,yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa’ari dan Fatin Nur Athirah Zainudin menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan serius berserta syarat melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka sebulan sekali dan pasport diserah kepada mahkamah.

Namun, peguam Mohd Fadly Hashim memohon jaminan yang munasabah diberikan kerana tertuduh yang bekerja di bahagian dasar Gred 48, menanggung empat anak berusia 11,10, lapan dan 11 bulan serta ibu bapa yang menghidap penyakit darah tinggi, kolestrol dan jantung memerlukan rawatan di hospital kerajaan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Bekas Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker