Ismail Sabri selesai beri keterangan lebih 6 jam

Ismail Sabri selesai beri keterangan lebih 6 jam

Ismail Sabri selesai beri keterangan lebih 6 jam
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM pagi tadi untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau. Kenderaan membawa Ismail Sabri memasuki pekarangan pejabat SPRM pada jam 9.57 pagi. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 4.35 petang.

Terdahulu, beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.57 pagi dan proses merakam keterangan berlangsung lebih enam jam.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata beberapa fail baharu dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan terbaharu pihaknya dan terdapat banyak lagi perkara yang perlu diajukan kepada bekas perdana menteri itu.

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah ‘safe house’ hasil serbuan SPRM.

Sementara itu, sumber SPRM mengesahkan proses merakam keterangan Ismail Sabri bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau, akan disambung pagi esok.

“Proses rakam keterangan esok bersambung jam 10 pagi,” menurut sumber itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sehingga siasatan membabitkannya selesai.

Ismail Sabri selesai beri keterangan lebih 6 jam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker