Suspek kes bakar, bunuh ibu 3 anak dituduh esok

Suspek kes bakar, bunuh ibu 3 anak dituduh esok

Suspek kes bakar, bunuh ibu 3 anak dituduh esok
Foto hiasan.

BATU PAHAT: Suspek kes bakar dan bunuh kenalan wanita di sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketika ini, katanya suspek masih dalam tahanan reman sehingga Sabtu selepas ia disambung Ahad lalu.

Dalam kejadian 5 petang Sabtu minggu lalu, wanita yang juga ibu kepada tiga anak melecur 74 peratus selepas rumahnya terbakar.

Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas mangsa dan suspek berselisih faham sebelum lelaki itu mengambil petrol lalu membakar rumah terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Mangsa yang parah terpaksa ditidurkan, namun pada jam 9.54 malam, keesokan harinya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bertukar kepada 302 kanun sama.

Pada masa sama, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 426 kanun sama kerana khianat dengan api.

Suspek kes bakar, bunuh ibu 3 anak dituduh esok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker