Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

JMR alukan Alton Sebagai penaja baharu musim perlumbaan 2025

JMR alukan Alton Sebagai penaja baharu musim perlumbaan 2025

JMR alukan Alton Sebagai penaja baharu musim perlumbaan 2025
Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (dua dari kiri), dengan bangga mengumumkan Alton sebagai rakan terbaru Johor Motorsports Racing (JMR) bagi musim perlumbaan 2025, menandakan permulaan kerjasama yang menarik yang mengukuhkan misi JMR dalam mencapai kecemerlangan dalam sukan permotoran. – Gambar ihsan FV Johor Racing

Kuala Lumpur: Johor Motorsports Racing (JMR) mengumumkan Alton sebagai rakan kongsi terbaharu pasukan itu bagi musim perlumbaan 2025, menandakan permulaan kerjasama yang menarik bagi mengukuhkan misi mencapai kecemerlangan dalam sukan permotoran.

Majlis menandatangani perjanjian berlangsung semasa ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, sekali gus membuktikan komitmen Alton terhadap inovasi dan industri berprestasi tinggi berkenaan.

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang juga presiden dan pemandu utama pasukan JMR berkata penyertaan Alton sebagai rakan sepasukan bagi musim akan datang adalah satu langkah ke hadapan yang menarik.

“Komitmen mereka terhadap inovasi dan pelaburan di Johor Bahru selari dengan visi kami untuk membangunkan bakat tempatan dan mengangkat sukan permotoran Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Kami yakin kerjasama ini akan membawa kejayaan di dalam dan di luar litar, dan kami tidak sabar untuk mencapai kejayaan baharu bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Alton, sebuah syarikat global alatan pengguna dan komersial, perkakas elektrik dan penjagaan lantai, kini melebarkan operasinya ke Malaysia dengan pembukaan kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Johor Bahru, dijadualkan beroperasi akhir tahun ini.

Kerjasama itu mencerminkan dedikasi Alton untuk memajukan inovasi, prestasi dan pembangunan bakat di rantau ini.

JMR alukan Alton Sebagai penaja baharu musim perlumbaan 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker