Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Dua beranak rentung treler dipandu bapa rempuh belakang treler muatan kapas

Dua beranak rentung treler dipandu bapa rempuh belakang treler muatan kapas

Dua beranak rentung treler dipandu bapa rempuh belakang treler muatan kapas
Dua beranak rentung lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

IPOH: Dua beranak rentung selepas treler sarat dengan muatan pasir dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pusat operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada 7.46 pagi.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dihantar ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.57 pagi.

“Komander operasi melaporkan bahawa kemalangan membabitkan treler muatan pasir yang melanggar bahagian belakang treler muatan kapas. Pemandu lelaki treler muatan pasir yang berusia lingkungan 40-an, didapati tersepit dalam kenderaan yang rentung.

“Seorang lagi mangsa iaitu anak lelaki kepada pemandu, berusia lingkungan 20-an turut ditemui rentung dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Sabarodzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dua beranak rentung treler dipandu bapa rempuh belakang treler muatan kapas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker