Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Memotong di garisan berkembar, 3 pemandu serah diri

Memotong di garisan berkembar, 3 pemandu serah diri

Memotong di garisan berkembar, 3 pemandu serah diri
Tangkap layar tiga kenderaan dikesan memandu secara berbahaya sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, semalam. – Foto media sosial

PENAMPANG: Tiga lelaki yang dikesan memandu secara berbahaya sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Penampang – Tambunan, semalam hadir menyerah diri, hari ini.

Ketiga-tiga mereka tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas berjaya dikesan polis berdasarkan video yang tular di laman sosial media.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video berdurasi 27 saat mengenai satu insiden pemanduan berbahaya di jalan berkenaan yang tular di media sosial.

Katanya, mengikut siasatan awal, insiden berlaku pada jam 1.41 petang, semalam membabitkan tiga kenderaan.

“Ketiga-tiga kenderaan memotong sebuah lori di satu selekoh garisan berkembar hingga menyebabkan kenderaan lain dari arah bertentangan terpaksa berhenti bagi mengelak berlakunya kemalangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Ketiga-tiga pemandu kenderaan berjaya dikesan dan tampil menyerah diri di IPD Penampang,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sammy berkata, kenderaan yang dipandu ketika kejadian dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda hingga RM15,000, jika didapati bersalah.

“Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Amrin Mohhamad Arif di talian 017-6638278,” katanya.

Semalam, tular video memaparkan sebuah kenderaan hampir kemalangan gara-gara sikap tiga pemandu kenderaan lain yang memotong secara bahaya di satu selekoh jalan.

Rakaman video yang tular itu turut mengundang kemarahan orang ramai kerana tindakan pemandu tiga kenderaan itu memotong hingga menyebabkan pengguna jalan raya yang berada di hadapan nyaris dilanggar.

Memotong di garisan berkembar, 3 pemandu serah diri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker