Courtois kembali perkuat Belgium, terima kritikan bekas bintang
Courtois kembali perkuat Belgium, terima kritikan bekas bintang

Brussels: Thibaut Courtois kembali menyertai skuad kebangsaan Belgium buat kali pertama dalam tempoh 22 bulan selepas mengasingkan diri, namun kepulangannya tidak disenangi bekas pemain antarabangsa.
Penjaga gol Real Madrid itu tidak beraksi untuk Belgium sejak Jun 2023 susulan perselisihan dengan jurulatih ketika itu, Domenico Tedesco, mengenai isu kapten pasukan.
Keputusan membawa masuk semula Courtois mendapat tentangan apabila Koen Casteels, penjaga gol utama Belgium sejak dua tahun lalu, bertindak meninggalkan pasukan sebagai tanda protes.
Bekas jurulatih Belgium, Marc Wilmots, menyifatkan keputusan Garcia memanggil semula Courtois sebagai terlalu awal.
“Saya tidak akan memanggilnya lagi buat masa ini. Saya akan biarkan dua perlawanan ini berlalu dahulu,” kata Wilmots, merujuk aksi playoff Liga Negara-Negara menentang Ukraine di Murcia, Sepanyol pada Jumaat dan di Genk pada Isnin.
Bekas pertahanan Belgium, Philippe Albert, yang kini bertugas sebagai pengulas TV, lebih lantang mengkritik Courtois.
“Dia sendiri yang meninggalkan skuad kebangsaan, seminggu sebelum perkahwinannya. Dia merugikan pasukan,” kata Albert.
Garcia sebelum ini berkata, beliau akan mengadakan perbincangan sekali sahaja dengan pasukan mengenai insiden lalu dan mahu fokus ke hadapan.
“Thibaut adalah antara penjaga gol terbaik dunia, kalau bukan yang terbaik. Bagus untuk memilikinya dalam pasukan,” kata Garcia.
Courtois tiba di kem latihan Belgium semalam dalam suasana yang tenang, namun kehadirannya tetap mendapat liputan meluas media tempatan.
Courtois kembali perkuat Belgium, terima kritikan bekas bintang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET