Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini menyaksikan beberapa nama besar di dalam Dinasti Lim DAP menerima kejutan.

Mantan Pengerusi dan juga mantan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hampir tersingkir dari senarai kedudukan 30 teratas calon yang bertanding.

Lim Guan Eng hanya menduduki kedudukan ke 26 dari senarai Top 30.

Manakala adik beliau, Lim Hui Ying yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, tersingkir dari senarai Top 30.

Manakala Teresa Kok dan Lim Lip Eng kalah teruk dan tidak tersenarai dalam Top 30.

Walau pun Anthony Loke, Nga Kor Meng, Steven Sim dan Hannah Yeoh berjaya berada dalam kedudukan Top 30, tetapi kedudukan mereka sedikit merosot berbanding pemilihan 2022.

Kedudukan Anthony Loke jatuh 2 anak tangga dari tempat ketiga kepada tempat kelima.

Nga Kor Ming pula turun sedikit dari tempat ke-12 ke tempat ke-13.

Hannah Yeoh mengalami kejatuhan ketara, merudum dari tempat ke-5 ke tempat ke-15.

Dan Steven Sim merosot dari tempat ke-7 ke tempat ke-11.

Anthony Loke, Nga Kor Meng, Steven Sim dan Hannah Yeoh dikatakan berada di bawah kem Anthony Loke.

Kempen Hantar Dewa Pulang Hampir Berjaya

 

Menjelang pemilihan CEC, terdapat khabar angin yang bertiup kencang mengenai wujudnya usaha dari pihak dalaman DAP menggerakkan kempen Hantar Dewa Pulang.

Kempen itu digerakkan untuk menyingkirkan penguasaan Dinasti Lim di dalam parti DAP yang telah berakar umbi selama berdekad.

Ada beberapa pihak dalaman DAP yang dikatakan sudah mula bosan dengan cengkaman Dinasti Lim di dalam DAP.

Mereka yang menentang Guan Eng berpendapat bahawa jika pengaruhnya tidak dibendung dalam pemilihan CEC akan datang, mengemudikan parti pada masa depan akan menjadi lebih sukar.

Ada pihak dalaman DAP mencadangkan agar Guan Eng kekal dalam CEC tetapi digugurkan dari jawatan pengerusi.

Tujuannya adalah untuk menyingkirkan Guan Eng dari senarai ahli jawatankuasa lima yang bertanggungjawab menentukan senarai calon pilihanraya.

Kini, Guan Eng tidak lagi menjadi pengerusi DAP dan beliau hanya dilantik sebagai penasihat DAP yang tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif di dalam parti.

Persoalannya sekarang, adakah dengan tersingkirnya Dinasti Lim dari DAP akan mengubah ideologi parti tersebut secara keseluruhan?

 

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker