Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Suri rumah rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian

Suri rumah rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian

Suri rumah rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
GAMBAR hiasan

Chukai: Seorang wanita mengalami kerugian RM50,550 selepas terperdaya dengan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli berkata suri rumah berusia 47 tahun itu telah melihat iklan tawaran kerja sambilan di laman sosial Instagram pada 3 Mac lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah menghubungi suspek yang juga seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai tawaran berkenaan.

“Mangsa diberi tugasan iaitu perlu membuat bayaran beberapa tempahan hotel secara dalam talian dengan nilai berbeza dan dijanjikan komisen antara empat hingga 10 peratus.

“Wanita itu yang gelap mata dengan komisen tinggi telah membuat 24 transaksi berjumlah RM50,500 dalam tempoh bermula 5 hingga 14 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Mohd Razi berkata mangsa bagaimanapun menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan.

Beliau berkata susulan itu, suri rumah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Chukai, Kemaman petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suri rumah rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker