Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Pasangan baru 3 bulan kahwin sehidup semati

Pasangan baru 3 bulan kahwin sehidup semati

Pasangan baru 3 bulan kahwin sehidup semati
SUAMI isteri maut dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan. FOTO Bernama/tular
Pasangan baru 3 bulan kahwin sehidup semati
JENAZAH Shahrul Nizam dan Norsuhada dituntut ahli keluarga di Unit Forensik HSNI. FOTO Facebook Wahyu Hidayat

Batu Pahat: Suami isteri yang menemui ajal dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), semalam, baru tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Allahyarham Mohamad Shahrul Nizam Ali, 24, dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23, mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu dan bersanding 4 Januari lalu.

Ibu saudaranya, Nur Nabila Huda Syawal, 23, berkata Mohamad Shahrul berasal dari Sri Lalang, Kluang bertemu jodoh dengan isterinya dan pasangan itu menetap di Mersing.

“Masuk bulan ini, usia perkahwinan arwah Shahrul Nizam masuk tiga bulan. Terlalu singkat pertemuan mereka. Allah pinjamkan mereka seketika sebelum menjemput kedua-duanya pulang ke negeri abadi secara bersama,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nur Nabila lagi, berita sedih itu diterima ahli keluarga sekitar jam 9 pagi melalui kenalan kepada arwah Mohamad Shahrul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Katanya, sehari sebelum kejadian, Mohamad Shahrul bekerja sebagai penyelia sebuah ladang sawit di Mersing bertandang ke rumah ahli keluarga mereka dan memberitahu mahu ke Kuala Lumpur.

“Mereka cuma cakap nak bawa isteri ke Kuala Lumpur tapi tak tahulah tujuannya. Mungkin hendak beli baju raya atau sebagainya dan mereka bertolak dari Mersing ke Kuala Lumpur pada hari kejadian.

“Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma kami perasan dia kerap senyum sedangkan arwah ini sebenarnya susah (kalau nak senyum). Masa itu, barulah saya tahu, senyuman itu ada yang terakhir dari arwah,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohamad Shahrul, Hasnah Syawal, 48, berkata arwah berjanji untuk membawanya bersama beraya di Pahang pada hari pertama Aidilfitri nanti.

Katanya, anaknya membuat perancangan untuk membawa dia dan ahli keluarga lain beraya di rumah keluarga bapa tirinya.

“Saya tak sangka, perancangan itu hanya tinggal kenangan. Allah lebih sayangkan mereka berdua dan menjemputnya ketika umat Islam berpuasa.

“Saya masih terbayang kata-kata dan senyumannya sewaktu arwah datang ke rumah sehari sebelum kemalangan. Saya tidak akan lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, pasangan itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di beberapa anggota badan.

Kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya dan melintang atas lebuh raya sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari arah sama.

Jenazah Mohamad Shahrul selamat dikebumikan di Sri Lalang, Kluang manakala isterinya, Norsuhada Kartika disemadikan di Mersing.

 

Pasangan baru 3 bulan kahwin sehidup semati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker