Kuching City lebur rekod tanpa kalah Selangor
Kuching City lebur rekod tanpa kalah Selangor

Kuala Lumpur: Kuching City FC (KCFC) melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menumbangkan naib juara liga, Selangor FC (SFC) 2-1 pada aksi di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad ‘The Cats’ meleburkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah SFC dan turut melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada sembilan perlawanan.
Pada aksi itu, SFC tampak lebih banyak menguasai permainan namun tuan rumah berjaya membuka jaringan pada minit ke-26 selepas hantaran lintang Nur Shamie Iszuan Amin menemui Muhamad Ramadhan Saifullah Usman yang menewaskan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi untuk kedudukan 1-0.
KCFC berpeuang menambah gol kedua menerusi sepakan percuma di penghujung babak pertama namun percubaan Ramadhan berjaya diselamatkan Kalamullah sekali gus memaksa kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat 45 minit pertama.
Bersambung selepas rehat, percaturan SFC membawa masuk Mukhairi Ajmal Mahadi mencetus impak segera apabila pemain gantian itu menyambut hantaran lintang Quentin Cheng pada minit ke-50 untuk mengikat kedudukan kepada 1-1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tuan rumah bagaimanapun mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-84 hasil penyudah Jimmy Raymond untuk memastikan KCFC mengutip mata penuh di laman sendiri.
Selepas ini, KCFC akan berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) manakala SFC akan melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) serta PDRM FC.
Kuching City lebur rekod tanpa kalah Selangor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET