Dua lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang
Dua lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang

Shah Alam: Dua lelaki tempatan meninggal dunia akibat ditetak dalam insiden pergaduhan di Taman Sentosa, Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pusat kawalan IPD menerima panggilan berhubung orang cedera akibat pergaduhan pada jam 10.50 malam.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam di sebuah premis perniagaan di Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa.
“Dalam kejadian ini, suspek-suspek bertindak menetak dua mangsa di premis berkenaan yang mana salah seorang mangsa melarikan diri dan disahkan meninggal dunia dalam sebuah premis lain kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
“Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital swasta berdekatan dan disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mangsa yang meninggal dunia adalah warga tempatan berusia 36 dan 38 tahun dan masing-masing memiliki satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis juga masih menyiasat jika pergaduhan tersebut membabitkan kongsi gelap.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
“Usaha mengesan suspek-suspek terlibat masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Dua lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET