Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Ayuso juara Tirreno-Adriatico, Milan menang peringkat terakhir

Ayuso juara Tirreno-Adriatico, Milan menang peringkat terakhir

Ayuso juara Tirreno-Adriatico, Milan menang peringkat terakhir
AYUSO mula langkah kanan bagi musim 2025. FOTO AFP

Milan: Pelumba muda Sepanyol, Juan Ayuso, mengesahkan kejuaraan keseluruhan Tirreno-Adriatico selepas selesa menamatkan peringkat terakhir yang berakhir dengan kemenangan Jonathan Milan dalam aksi pecut beramai-ramai.

Milan, pelumba pasukan Lidl-Trek, menewaskan Sam Bennett dari Ireland untuk memenangi peringkat kedua dalam perlumbaan tujuh hari itu sekali gus merangkul jersi ungu.

Perlumbaan di San Benedetto del Tronto itu menyaksikan detik cemas apabila Paul Magnier dari Soudal Quick-Step terbabit dalam kemalangan yang turut menumbangkan beberapa pelumba lain.

Sementara itu, Ayuso dari pasukan UAE Team Emirates menamatkan perlumbaan dalam kelompok peloton, sekali gus meraih kejuaraan kedua dalam perlumbaan berstatus ‘stage race’ selepas menjuarai Tour of the Basque Country pada 2024.

Pelumba berusia 22 tahun itu memastikan kemenangannya dengan menguasai Queen Stage, apabila memenangi pendakian sengit di Frontignano.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Ayuso memulakan musim 2025 dengan cemerlang, turut memenangi perlumbaan klasik Trofeo Laigueglia dan Drome Classic.

Dengan Milan-San Remo bakal berlangsung hujung minggu ini, Ayuso kini antara nama yang disebut-sebut sebagai pilihan utama UAE Team Emirates bagi mempertahankan kejuaraan Giro d’Italia pada Mei nanti, selepas bintang utama pasukan, Tadej Pogacar, menguasai edisi tahun lalu.

Ayuso juara Tirreno-Adriatico, Milan menang peringkat terakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker