DSV Penuhi Impian Kacak Bantu Gelandangan [VIDEO]
Sempena Hari Lahirnya, Netizen Sebak!
DSV Penuhi Impian Kacak Bantu Gelandangan [VIDEO]
Perkongsian usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memcetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Datuk Seri Vida atau DSV menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa anak lelakinya, Kacak yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-18 berhasrat mahu membantu komuniti gelandangan sempena kelahirannya dalam bulan Ramadhan kali ini.
“Saya datang support permintaan Kacak. Nak bagi makanan kepada gelandangan. Lama dah Kacak beritahu saya nak buat macam ni. Kali ni di sekitar Kuala Lumpur. Hati Ibu mana yang tak tersentuh. Tengok anak buat kebaikan. Dibantu oleh team Kacak.”-kongsi DSV di Instagram
https://www.instagram.com/datoserivida/reel/DHJJxaSTp3i/
View this post on Instagram
Bukan Senang Nak Jumpa Anak-Anak Muda Yang Berjiwa Penyayang & Pemurah…”
Perkongsian DSV mencetuskan rasa sebak netizen melihat hasrat murni Kacak yang mahu membantu golongan yang memerlukan sempena hari lahirnya di bulan mulia, malah ramai yang memuji usahawan kosmetik ini yang berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik.
“Impian semua orang nak buat amal begini, alhamdulillah impian Kacak tercapai.”
“Banyak gelandangan kat negara kita rupanya.”
“Kacak dan Cik B anak-anak yang baik. Bagus didik Datuk Vida ❤️.”
“MasyaAllah bertuah Datuk Vida mempunyai anak-anak yang berjiwa penyayang. Semua ni atas didikan ibunya juga.”
“Kacak teruskan berbuat kebaikan sebagai bekalan ke akhirat.”
“Bukan senang nak jumpa anak-anak muda yang berjiwa penyayang dan pemurah. Semoga Kacak dan Cik B menjadi anak-anak yang membanggakan ibunya.”
DSV Penuhi Impian Kacak Bantu Gelandangan [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET