Buku baharu, semangat baharu buat Mickey

Buku baharu, semangat baharu buat Mickey

MICKEY tekad balas kepercayaan Cklamovski. -FOTO FB Selangor FC

Kuala Lumpur: “Apa yang Mickey boleh kata, ini adalah permulaan yang baharu…semangat yang baharu untuk Mickey dalam kancah bola sepak, untuk membantu pasukan kebangsaan”.

Itu kata Faisal Halim selepas namanya disenaraikan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, 25 Mac ini.

Jelas Faisal yang dikenali dengan panggilan Mickey itu, dia tidak akan mensia-siakan peluang diberikan oleh pengendali negara, Peter Cklamovski dan akan cuba membalas dengan aksi terbaik.

Malah katanya, ini adalah kesempatan buatnya mengembalikan sentuhan lama yang hilang disebabkan insiden simbahan asid yang hampir memusnahkan karier bola sepaknya, di mana Faisal terpaksa berehat selama beberapa bulan susulan peristiwa hitam itu.

“Terutama sekali syukur Alhamdulillah, dapat panggilan ke skuad kebangsaan buat kali pertama selepas kecederaan insiden hampir setahun juga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Mickey rasa amat-amat terharu dan sudah tentu teruja menyarung kembali jersi pasukan kebangsaan. Ini adalah peluang yang terbuka, terbaharu buat Mickey dapatkan semula (prestasi lama) seperti sedia kala.

“Apa yang Mickey boleh katakan, semangat seperti inilah akan membuatkan seorang pemain itu akan bertambah lebih semangat dalam padang,” katanya pada sesi latihan Selangor FC di Shah Alam.

Ditanya mengenai barisan kejurulatihan baharu, Faisal akui sudah tidak sabar untuk berlatih di bawah kendalian Cklamovski.

“Sudah tentu apabila jurulatih baru datang untuk membawa pasukan kebangsaan, sudah tentu pemain-pemain tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti apa yang akan diterapkan.

“Apa yang akan ditunjuk ajar, apa yang akan diterapkan dan belajar perkara baru dalam bola sepak adalah baik untuk pasukan dan baik untuk pemain juga,” kata tonggak sayap kelahiran Pulau Pinang itu.

Buku baharu, semangat baharu buat Mickey

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker