Arsenal jumpa Real Madrid di suku akhir
Arsenal jumpa Real Madrid di suku akhir

London: Arsenal menempah pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Real Madrid selepas diikat 2-2 oleh PSV Eindhoven untuk kemenangan agregat 9-3 pada aksi kedua peringkat 16, awal pagi tadi.
Kemaraan sudah terjamin selepas kelab London itu menang besar 7-1 di Belanda minggu lalu dan ketika Oleksandr Zinchenko meletakkan mereka di depan, PSV menjangkakan nasib sama menimpa mereka.
Namun Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-18 yang menggamatkan penyokong PSV.
Tandukan Declan Rice meletakkan Arsenal kembali di depan tetapi PSV yang kali ini menampilkan prestasi lebih baik berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi lambungan cantik Couhaib Driouech pada minit ke-70 dan mereka hampir mendapatkan gol ketiga namun tandukan pemain gantian Luuk de Jong pada masa kecederaan sedikit tersasar.
Zinchenko tidak pernah menjaringkan gol di kejohanan Eropah tetapi menamatkan kemarau itu dengan bergaya selepas mendapat hantaran Raheem Sterling sebelum meledak rembatan melepasi penjaga gol PSV Walter Benitez.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Gol itu meletakkan Arsenal 8-1 dengan agregat dan rekod Bayern Munich di peringkat kalah mati iaitu 12-1 ketika menewaskan Sporting pada musim 2008-09 seakan dalam jangkauan.
“Kami melakukannya dengan konsisten dan kini kami mahu membuat langkah seterusnya yang lebih sukar. Namun kami mampu melepasinya,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta kepada wartawan sebelum mengetahui sama ada Real Madrid atau Atletico Madrid menunggu mereka.
“Kami adalah kelab yang mahukan terbaik dan menentang kelab terbaik di dunia. Oleh itu, anda perlu konsisten dan ia sangat sukar tetapi kami melakukannya dua tahun berturut-turut. Kami memiliki kapasiti dan kemampuan untuk melakukannya dengan lebih baik.”
Arsenal jumpa Real Madrid di suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET