Isu bekal papan pintar interaktif: Bekas pegawai Ahli Parlimen dibebas dengan jaminan SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada seorang Ahli Parlimen dan seorang lagi individu yang ditahan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah membabitkan bekalan papan pintar interaktif dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu.

Menurut sumber, setakat ini SPRM sudah merakam keterangan 18 saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ahli Parlimen berkenaan mungkin dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan namun tarikh dan masa masih belum ditentukan.

“Tidak menolak kemungkinan Yang Berhormat berkenaan akan dipanggil namun tarikh belum ditentukan,” menurut sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bekas pegawai khas seorang Ahli Parlimen serta seorang lagi individu, kedua-duanya berusia 30-an direman bermula Khamis hingga Ahad lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan bagi meluluskan dana Projek Mesra Rakyat.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu tahun lepas sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan papan pintar interaktif atau Interactive Smart Board kepada beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur. – BERNAMA

Isu bekal papan pintar interaktif: Bekas pegawai Ahli Parlimen dibebas dengan jaminan SPRM

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker