Dua gol Raphinha bawa Barca ke suku akhir
Dua gol Raphinha bawa Barca ke suku akhir

Barcelona: Lamine Yamal dan Raphinha mempamerkan aksi memukau apabila Barcelona menewaskan Benfica 3-1 awal pagi tadi sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan agregat 4-1.
Raphinha menjaringkan gol di kedua-dua babak dengan satu lagi dihasilkan Yamal menerusi rembatan menakjubkan ketika pasukan Catalan itu mendominasi separuh masa pertama selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 di Lisbon.
Nicolas Otamendi bagaimanapun dengan pantas menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Raphinha, tetapi pasukan pelawat dengan mudah menguasai Stadium Olimpik seterusnya mara dengan selesa selepas menghasilkan beberapa percubaan menakjubkan.
Skuad kendalian Hansi Flick akan bertemu Borussia Dortmund atau Lille di suku akhir, dengan matlamat untuk memenangi kejohanan ini buat kali pertama sejak 2015, ketika era Lionel Messi, Neymar, dan Luis Suarez.
“Kami adalah calon untuk memenangi segala-galanya,” kata Raphinha kepada Movistar, dengan kelab itu berpeluang meraih gelaran treble.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Barcelona belum tewas dalam 17 perlawanan sepanjang tahun ini.
“Ia bagus apabila pemain berfikir tentang itu (memenangi segala-galanya), ia menunjukkan mereka mempunyai keyakinan, mereka percaya dengan apa yang mereka lakukan, tetapi kerja saya adalah untuk kekal tenang,” kata Flick.
Flick turut berkata, bahawa Barcelona bermain untuk mendiang doktor kelab, Carles Minarro yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada hari Sabtu sebelum perlawanan menentang Osasuna yang terpaksa ditangguhkan dan pemain bertakafur selama satu minit sebagai penghormatan sebelum perlawanan dimulakan.
“Apa yang berlaku membuatkan kami tiba di perlawanan ini dengan lebih berazam untuk menang,” tambah Raphinha.
“Kami menang untuk kami dan Carles sentiasa bersama kami… dia sentiasa mempunyai tempat (di sini),” kata Flick.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Juara UCL lima kali, Barca, membuka jaringan selepas 11 minit apabila Yamal, pemain antarabangsa Sepanyol, meledak ke dalam kawasan penalti, menewaskan Florentino dan kemudian menyentuh bola ke arah Raphinha untuk satu penyudah mudah.
Dua gol Raphinha bawa Barca ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET