Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands

KUANTAN: Polis menjalankan siasatan berhubung klip video tular membabitkan sekumpulan pemilik kenderaan dipercayai memandu secara berbahaya di Genting Highlands, Bentong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima satu klip video berdurasi 8 minit 23 saat melalui Facebook Messenger semalam, yang memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan memandu secara bahaya di selekoh Jalan Genting Highlands.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan selain mengingatkan orang ramai tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang membuat kesalahan berkenaan.

“Polis akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum. Ini kerana, kami mendapat maklumat dan aduan bahawa lokasi itu sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam serta pengguna jalan raya lain,” katanya. – BERNAMA

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker