Polis siasat kes simbah anjing dengan air panas

Polis siasat kes simbah anjing dengan air panas

Polis siasat kes simbah anjing dengan air panas

IPOH: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes tular individu dikatakan menyimbah anjing menggunakan air panas di kedai serbaneka di Jalan Besar Menglembu, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, laporan mengenai insiden diterima pada jam 12.30 tengah malam 7 Mac lalu dengan siasatan awal pihaknya mendapati lelaki warga asing menyimbah secawan air panas ke atas seekor anjing liar yang berlegar di luar premis.

“Polis sedang melengkapkan siasatan kes ini dan akan merujuknya kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan kes dijalankan bagi kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Beliau berkata, anjing yang terbabit dalam insiden itu bagaimanapun sudah diselamatkan dan dihantar klinik veterinar bagi rawatan.

Mohamad Sajidan juga berkata, suspek sudah dirakam percakapan pada hari sama laporan diterima.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak menganiaya dan khianat terhadap haiwan kerana ia satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Jika terdapat sebarang insiden membabitkan gangguan haiwan, orang ramai diminta untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Veterinar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, tular pekerja rangkaian kedai serbaneka warga asing dibuang kerja serta-merta susulan tindakannya menyimbah air panas kepada seekor anjing yang berlegar di premis kedai itu,

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan kejadian itu turut tular di laman sosial sejak semalam.

Polis siasat kes simbah anjing dengan air panas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker