Pesawat ‘tersekat’ di landasan lapangan terbang Bali
Pesawat ‘tersekat’ di landasan lapangan terbang Bali

Jakarta: Tujuh penumpang di dalam pesawat Airfast selamat dipindahkan pada pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai Bali, selepas pesawat itu mengalami masalah teknikal, lapor Xinhua, memetik pengurus lapangan terbang.
Pesawat yang terbang dari Benete di Sumbawa Barat itu menghadapi masalah teknikal ketika mendarat di lapangan terbang pada 9.26 pagi waktu tempatan.
Landasan itu ditutup selama kira-kira dua jam untuk memudahkan pemindahan dan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan.
“ini dilakukan untuk memastikan tiada objek asing tertinggal di landasan, yang boleh membahayakan keselamatan penerbangan”, kata Shahab.
Akibat kejadian itu, 10 penerbangan berlepas ditangguhkan, dan 21 penerbangan tiba terjejas, menurut lapangan terbang itu.
PESAWAT itu dari Benete di Sumbawa Barat. FOTO X
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu