Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

 

Ramai yang terkejut, kenapa secara Dr Mahathir bersuara dalam kes RM170 juta yang didakwa melibatkan Ismail Sabri.

Dr Mahathir dipetik berkata, beliau merasa terkejut dengan siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri berkaitan kes tersebut.

“Sebarang pertuduhan perlu dibawa ke mahkamah.”

“Dan individu yang terlibat berhak untuk mempertahankan diri.”

“Kita tunggu proses mahkamah.”

“Saya tidak boleh kata sama ada wang itu milik Ismail Sabri atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukan.”

“Kita tidak tahu undang-undang apa yang digunakan.”

“Ada yang sebelum ini didapati bersalah, tetapi akhirnya bebas,” kata Dr Mahathir.

Penulis tidak terkejut dengan pendirian dwi standard Dr Mahathir dalam kes yang melibatkan pemimpin politik.

Dalam kes Ismail Sabri, Dr Mahathir mahu supaya kes diputuskan oleh mahkamah dahulu sebelum pendedahan kepada umum dilakukan.

Tetapi dalam kes yang melibatkan DS Najib, Dr Mahathir mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.

Penulis tidak mahu mengulas sama ada perbicaraan kes DS Najib benar-benar berpaksikan kepada keadilan atau pun tidak.

Tetapi yang jelas, hakim kanan negara yang masih dalam perkhidmatan secara jelas meraguinya.

Dalam kes DS Zahid juga Dr Mahathir mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.

Persoalannya sekarang, mengapakah Dr Mahathir dilihat seolah-olah membela Ismail Sabri?

Siapa Ismail Sabri di mata Dr Mahathir?

Adakah Dr Mahathir melihat Ismail Sabri sebagai seorang yang mempunyai potensi untuk menyelamatkan negara?

Kalau itu penilaian Dr Mahathir, penulis akan merasa lebih terkejut.

Bagaimana seorang yang dianggap negarawan boleh membuat penilaian yang jauh tersasar mengenai kualiti kepimpinan seseorang?

Kalau pun ada sumbangan Ismail Sabri kepada negara hanyalah melalui perbelanjaan lebih dari RM700 juta untuk tujuan promosi Keluarga Malaysia.

RM700 juta sudah dibelanjakan, tetapi apa kebaikannya kepada rakyat dan negara?

Atau di mata Dr Mahathir, Ismail Sabri adalah orang yang paling layak dibonekakan untuk menyelamatkan diri beliau.

Dalam bab ini, penulis bersetuju dengan Dr Mahathir.

Bukankah ianya sudah terbukti di era pentadbiran Keluarga Malaysia!!!

 

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker