Ganjaran RM44 juta untuk tangkap bekas atlet Olimpik

Ganjaran RM44 juta untuk tangkap bekas atlet Olimpik

Ganjaran RM44 juta untuk tangkap bekas atlet Olimpik
JAMES Wedding. FOTO FBI / AFP

Washington: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta (kira-kira RM44.2 juta) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas atlet snowboard Olimpik Kanada itu yang kini menjadi ketua pengedar dadah antarabangsa.

The Guardian melaporkan, polis di Los Angeles pada Khamis berkata, Ryan Wedding yang juga dikenali sebagai “El Jefe”, “Giant” dan “Public Enemy” dikehendaki kerana peranannya dalam operasi penyeludupan dadah bernilai berbilion dolar merentasi sempadan serta beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan rangkaian pengedarannya.

Wedding, yang menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) adalah seorang daripada 10 penjenayah paling dikehendaki di AS, dipercayai bersembunyi di Mexico di bawah perlindungan kartel dadah Sinaloa, kata pihak berkuasa.

“Peningkatan ganjaran ini seharusnya menunjukkan dengan jelas: tiada tempat yang selamat untuk Wedding bersembunyi,” kata Timbalan Ketua Polis Los Angeles (LAPD) Alan Hamilton kepada pemberita.

Pemain snowboard berusia 43 tahun itu dibesarkan di Thunder Bay, Ontario, dan bertanding untuk pasukan Kanada pada Sukan Olimpik 2002 di Salt Lake City, di mana beliau menduduki tempat ke-24 dalam acara slalom gergasi paralel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Empat tahun selepas Sukan Olimpik itu, nama Ryan Wedding muncul dalam waran penggeledahan pihak berkuasa yang menyiasat operasi penanaman ganja di British Columbia, namun beliau tidak pernah didakwa.

Pada 2010, Wedding disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah selepas cuba membeli kokain daripada seorang ejen kerajaan AS dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.

Pada masa itu, media menggambarkan Wedding sebagai “harapan Olimpik” 2010, namun beliau berusaha untuk membatalkan tuduhan itu dengan mendakwa berlaku “perilaku luar biasa” oleh pihak berkuasa AS, yang didakwa menggunakan “ejen penyamar bekas perisik KGB yang ganas”.

Namun, sejak itu, beliau dikatakan menjadi seorang daripada pengedar dadah transnasional yang berkuasa dan kejam.

Tahun lalu, Wedding didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS kerana mengetuai kumpulan yang terbabit dalam “penyeludupan kokain dan pembunuhan, termasuk terhadap orang awam yang tidak bersalah”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Wedding didakwa mengawal penghantaran ratusan kilogram kokain dari Colombia, melalui Mexico dan selatan California, menuju ke Kanada.

Polis Los Angeles berkata, operasi membabitkan Wedding kerana didakwa mengedarkan “lima tan metrik fentanyl sebulan” ke bandar-bandar di AS dan Kanada.

Wedding dan rakan seangkatannya, Andrew Clark, juga didakwa mengupah pembunuh upahan untuk membunuh individu yang dianggap sebagai halangan kepada operasinya.

Ganjaran RM44 juta untuk tangkap bekas atlet Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker