Chelsea pintas City di tangga keempat

Chelsea pintas City di tangga keempat

Chelsea pintas City di tangga keempat
CUCURELLA dan rakan sepasukan meraikan kemenangan ke atas Leicester. FOTO Reuters

London: Chelsea kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City 1-0, malam semalam menerusi jaringan pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella pada minit ke-60.

Pasukan tuan rumah yang kehilangan momentum sejak permulaan tahun baru dan berdepan krisis kecederaan membabitkan penyerang bergelut meraih kemenangan di London.

Pengurus Enzo Maresca, yang berpindah ke Chelsea dari Leicester tahun lalu tetap berpuas hati dan memberitahu wartawan kemenangan itu hasil kerja keras untuk menembusi formasi pertahanan Leicester.

“Segala yang kami lakukan pada tiga, empat hari terakhir (dalam latihan) – lupakan sahaja,” katanya. “Pemain sangat baik dalam cara mereka menyesuaikan diri,” tambahnya.

Chelsea mendominasi penguasaan tetapi tumpul di depan gol sebelum hantaran Enzo Fernandez disudahkan dengan rembatan Cucurella yang menewaskan penjaga gol Mads Hermansen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Saya fikir Enzo memberi saya bola dan saya nampak ada pilihan untuk melepaskan rembatan. Biasanya saya tidak akan buat, tetapi saya cuba. Kami dapatkan tiga mata dan kami mahu berjuang untuk mencapai sasaran,” kata Cucurella kepada Sky Sports.

Cole Palmer gagal menjaringkan penalti pada separuh masa pertama yang diselamatkan penjaga gol Denmark itu. Ia penalti pertama yang gagal untuk penyerang Chelsea terbabit dan kini mengharungi tujuh perlawanan liga tanpa menjaringkan gol.

Maresca berkata, Palmer tidak berlatih dalam dua hari terakhir kerana sakit tetapi dia bersemangat untuk bermain semalam. Namun, dia ditukarkan pada minit ke-73.

Leicester di bawah Ruud van Nistelrooy, yang berada di zon penyingkiran, kelihatan berbahaya menerusi serangan balas, dengan pemain tengah Morocco, Bilal El Khannouss dan Jamie Vardy berhubung dengan baik tetapi gagal menemui penyudah yang tepat.

Chelsea melonjak ke tangga keempat, mengatasi Manchester City yang tewas di tangan Nottingham Forest dengan 49 mata, dua mata di belakang Forest yang berada di tempat ketiga dan 21 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Chelsea pintas City di tangga keempat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker