Amorim pelik penyokong Man United puji dirinya
Amorim pelik penyokong Man United puji dirinya

London: Ruben Amorim bingung apabila penyokong Manchester United memberitahunya bahawa dia sedang melakukan tugas dengan baik.
Amorim memberikan gambaran jelas mengenai tempoh sukar yang dialaminya di Old Trafford apabila ditanya apakah perkara paling biasa yang dikatakan penyokong Red Devils kepadanya apabila mereka bertemu.
Pengendali dari Portugal itu hampir ketawa sendiri sebelum mendedahkan: “Mereka selalu berkata sesuatu yang sangat pelik bagi saya: ‘Anda sedang melakukan tugas yang baik.’
“Kadang-kadang sukar untuk memahami perkara ini. Tetapi ia sangat penting bagi saya.”
Amorim sangat menghargai sokongan peminat United kerana dia sedar bahawa tempoh empat bulannya dalam jawatan itu sama sekali tidak boleh dianggap sebagai kejayaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
United bakal menghadapi perlawanan di tempat sendiri menentang Arsenal selepas hanya meraih enam kemenangan dan lapan kekalahan dalam 18 perlawanan liga di bawah kendaliannya.
Amorim, 40, secara terbuka mengakui melakukan beberapa kesilapan, terutamanya dalam menguruskan hubungan dengan kakitangan di luar bilik persalinan.
Dia berkata kepada TNT Sports: “Sebagai pemain, anda hanya fokus pada diri sendiri, tetapi sebagai pengurus, anda perlu memberi perhatian kepada ramai orang, bukan hanya pemain tetapi juga semua kakitangan.
“Semua kakitangan memberi perhatian kepada anda, jadi anda juga perlu memberi perhatian kepada mereka. Itu adalah sesuatu yang saya tidak lakukan dengan baik pada permulaan di Manchester kerana saya terlalu fokus pada perlawanan.
“Sekarang, saya mula membina hubungan yang lebih baik dengan semua kakitangan dan juga pemain.”
Amorim pelik penyokong Man United puji dirinya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET