‘Kita tak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan’

‘Kita tak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan’

'Kita tak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan'
TUNKU Mahkota Ismail. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegur segelintir pihak yang gemar menggembar gemburkan sesuatu perkara dan akhirnya memberi harapan palsu kepada peminat bola sepak tanahair.

Menerusi satu posting Tunku Mahkota Ismail di laman sosial, beliau memberi contoh bagaimana kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan kerja-kerja ‘scouting’ dalam senyap.

“Di Johor atau dengan cara Johor, apabila kita melaksanakan sesuatu kerja, kita tidak perlu membuat bising, menggembar-gemburkannya, memberi harapan palsu dan akhirnya tiada apa yang berlaku.

“Cara kita di Johor adalah “tindakan lebih lantang daripada kata-kata”. Kita tidak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan.

“Kata-kata kita adalah maruah kita. Apabila kita berjanji, kita sanggup berkorban demi menunaikannya. Itulah Johor — hasil yang berbicara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Selama bertahun-tahun, kita telah membuktikan bahawa setiap perkara yang diumumkan akan dilaksanakan dan direalisasikan.

“Namun, tidak semua orang memahami cara ini dan kita tidak perlu menyalahkan mereka kerana mereka tidak biasa dengannya,” katanya.

Teguran Tunku Mahkota Ismail itu dipercayai berkait dengan kenyataan Ferdy Druijf yang tidak mengetahui dirinya mempunyai susur galur dengan Malaysia.

Sebelum ini dikhabarkan Druijf antara calon warisan yang bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya selepas neneknya dikatakan berasal dari negara ini.

 

‘Kita tak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker