Hina agama Islam, Hindu: Polis terima 261 laporan seluruh negara
Hina agama Islam, Hindu: Polis terima 261 laporan seluruh negara

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 261 laporan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Hindu di seluruh negara, setakat ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia membabitkan 150 laporan terhadap seorang pendakwah, kes penyampai radio (73 laporan) dan 38 laporan melibatkan dua individu disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau menerusi dua video berasingan.
Beliau berkata, terbaharu pihaknya menerima laporan daripada seorang individu berusia 48 tahun di Iskandar Puteri, Johor berhubung kenyataan seorang pendakwah di laman sosial yang disyaki menghina agama Hindu.
Menurutnya, pengadu mendakwa pendakwah tersebut mengeluarkan kenyataan dengan memberikan perbezaan kejadian melibatkan petugas radio Era FM milik Astro dan insiden kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang berlaku di Kuil Seafield, Selangor pada November 2018.
“Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan telah merakam keterangan individu terbabit (pendakwah).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, kertas siasatan berhubung kes membabitkan tiga penyampai radio Era FM milik Astro masih dalam kajian AGC selepas diserahkan pada Khamis lepas.
Selain itu, Razarudin berkata pihaknya masih belum mendapatkan maklumat pemprofilan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung seorang individu yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam yang turut dipercayai berada di luar negara.
“Kita percaya individu ini berada di Melbourne, Australia dan semakan rekod pergerakan keluar dan masuknya masih belum diperolehi daripada pihak Imigresen,” katanya.
– BERNAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?